Tentang Intans Childcare Centre
Intan Child Care telah ditubuhkan pada 2 Januari 2006 dan beroperasi sehingga kini. Taska ini telah diusahakan oleh Pn Ratna Eza bt Samsudin sendiri selaku pengetua taska. Beliau mempunyai pendidikan dan pengalaman dalam bidang pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada, beliau telah mewujudkan satu konsep belajar sambil bermain dalam berkumpulan bagi menggalakkan kanak-kanak belajar dan memahami erti bekerjasama sesama rakan sebaya. Secara tidak langsung minda mereka akan terbuka dengan pelbagai idea dan pendapat dari rakan mereka. Pendekatan ini secara tidak langsung mampu meningkatkan keyakinan dalam diri dan mengurangkan perasaan malu kanak-kanak ini.