Tentang Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2
Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 adalah merupakan tadika berlesen Dzul Iman Smart Khalifah. Tadika yang berlokasi di Shah Alam ini boleh dikunjungi secara temu janji di;
No. 10, Jalan Bunga Kenanga 2/1, Seksyen 2,
40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Merupakan salah sebuah Tadika Islam secara inspirasinya, menggunakan gabungan skrip bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Sesi persekolahan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Tadika Dzul Iman Smart Khalifah juga adalah merupakan Pusat Asuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak. Program Daycare diteruskan pada sesi petangnya ditadika mengikut permintaan ibu bapa. Sesi petang bermula pada jam 12 tengahari sehingga jam 6.00 petang. Kakitangan terdiri daripada guru kelas, pembantu guru kelas serta guru pelatih. Penyampaian pengajaran secara interaktif dilakukan dalam bentuk yang menarik serta melalui pergerakan, nyanyian Lagu Tadika, permainan dan kuiz mengikut kaedah khalifah serta didik mengikut gaya Nabi.