
Yuran Bulanan (RM)
RM400
No. Pendaftaran JKM
Tiada
Waktu Operasi
Ahad-Khamis: 07:30:00 - 17:30:00

Apa Itu Tadika Akademi Professional Starain (APS)?
STARAIN telah diasaskan oleh En. Radzymuru b. Abdullah, Pn. Nora Shikin bt. Md Shaari dan Pn. Nor Cheryl bt. Abdullah pada tahun 2002.
Tadika Starain telah ditubuhkan pada 14 Feb 2002 di sebuah kawasan perumahan Apartment Bayu, yang terletak di Damanasara Damai, Petaling Jaya, Selangor yang mana telah menerima pendaftaran pelajarnya hanya seramai 30 orang pelajar sahaja pada tahun tersebut. Pada tahun berikutnya iaitu 2003, dengan keberkesanan kaedah pengajaran & pembelajaran yang di terapkan, pendaftaran pelajar bagi tadika STARAIN telah meningkat secara drastik kepada 125 pelajar. Pada tahun 2018 pengambilan pelajar telah dihadkan pada 60 orang sahaja bagi memberi laluan kepada pengurusan APS menumpukan perhatian kepada Latihan / Kursus / Program berkaitan bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.
STARAIN merupakan satu Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang amat berkesan yang direka khas berdasarkan perbezaan individu bagi setiap kanak-kanak dari segi pengenalan abjad, pengenalan angka, pembacaan, penulisan dan pengiraan nombor. Selain itu, Starain juga menitikberatkan perkembangan seimbang bagi kanak-kanak dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial sebagaimana yang dituntut dalam kandungan ‘Falsafah Pendidikan Negara’.
Bagi merealisasikan kemanfaatan kaedah STARAIN kepada setiap kanak-kanak di seluruh Malaysia, pengasas Tadika STARAIN telah menubuhkan Akademi Profesional Starain Sdn. Bhd (APS) pada 23 Januari 2015 sebagai pemberi lesen Program Bahasa Inggeris Starain (PBI Starain) dengan membawa moto Pengajaran dan Pembelajaran Mudah dan Berkesan sejak 2002. Program Bahasa Inggeris Starain telah dipasarkan secara Korporat kepada Taski-taski ABIM yang terpilih di bawah Yayasan Pendidikan Takmir pada tahun 2016. Oleh kerana hasil keberkesanannya sangat memuaskan Taski ABIM terus menggunakan Program Bahasa Inggeris Starain (PBIStarain) sehingga kini.
Pengurusan APS telah bercadang untuk memasarkan tadika-tadika individu secara berlesen pada tahun 2018 dan telah mendapat sambutan dari beberapa buah tadika untuk menggunakan di tadika masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran tahun 2019.
Selain itu, APS juga telah berjaya menjadi Pusat Pengurusan Program UTMSPACE pada 25 Julai 2016. Tujuannya membantu memberikan Latihan / Kursus / Program kepada pengusaha-pengusaha, guru-guru Tadika / Taska dan ibubapa di seluruh Malaysia. Berikut adalah Latihan / Kursus / Program yang telah dijalankan oleh APS:
Latihan / Kursus/ Program yang dijalankan oleh APS adalah:
KAEDAH STARAIN
STARAIN merupakan satu Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan yang direka khas berdasarkan perbezaan individu bagi pengenalan abjad, angka, pembacaan, penulisan dan pengiraan nombor. Selain itu, Starain juga menitikberatkan perkembangan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial sebagaimana kehendak ‘Falsafah Pendidikan Negara’.
MOTTO:
Kecemerlangan Dalam Pendidikan (Excellence in Education).
MISI:
Warga STARAIN mendukung cita-cita meneruskan kecemerlangan di dalam pendidikan dari segi kurikulum dan kokurikulum di samping membentuk individu berperibadi mulia, sahsiah dan disiplin yang terpuji. Ia berdasarkan “Falsafah Pendidikan Negara” iaitu “memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada TUHAN”.VISI:
STARAIN melonjakkan kecemerlangan dan kualiti tadika di peringkat kebangsaan.