
Monthly Fee (RM)
RM400
JKM Registration No.
None
Operating Hours
Isnin-Jumaat: 07:30:00 - 17:30:00

Sinarku Gemilang Berjaya menyediakan pelbagai panduan dan pembelajaran dari aspek pendidikan, kesihatan, penjagaan kanak-kanak, perkembangan dan pembangunan kanak-kanak kepada kesemua pelanggannya iaitu ibu bapa dan kanak-kanak.
Di samping itu, Sinarku Gemilang membantu ibubapa untuk mereka bentuk pendidikan yang kreatif kepada anak-anak mereka dan nilai itu memberikan kelebihan persaingan di pasaran dengan pesaing-pesaing terdekatnya.
Syarikat Sinarku Gemilang merupakan sebuah syarikat milikan tunggal dan 100% milik hak bumiputera. Syarikat ini menjalankan tiga buah institute pendidikan awal bagi kanak-kanak iaitu Taska Sinarku Gemilang, Tadika Sinarku Gemilang (MA 0151935-D) dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Sinarku Gemilang. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk mengambil inisiatif membentuk dan mendidik kanak-kanak dari peringkat termuda bagi memperlengkapkan diri mereka demi menuju masa depan yang semakin mencabar pada era ini. Syarikat Sinarku Gemilang ini merupakan salah sebuah syarikat yang berteraskan perkhidmatan pendidikan yang terkemuka di kawasan Melaka Tengah.
Syarikat ini menyediakan pelbagai program pendidikan yang kreatif dan inovatif dan berteknologi bagi membantu kanak-kanak yang berusia antara dua bulan hingga lapan belas tahun. Syarikat ini telah Berjaya menghasil kan hampir 2000 pelajar prasekolah sejak 16 tahun beroperasi dan kesemua bekas pelajarnya Berjaya dalam akademik mahupun kokurikulum di sekolah rendah. Perkara ini mencerminkan syarikat ini mempunyai reputasi yang tinggi di kalangan pesaing-pesaing dan Berjaya meningkatkan keuntungan bersih daripada 28% pada tahun 2006 kepada 40% pada tahun 2013.
Sinarku Gemilang Berjaya menyediakan pelbagai panduan dan pembelajaran dari aspek pendidikan, kesihatan, penjagaan kanak-kanak, perkembangan dan pembangunan kanak-kanak kepada kesemua pelanggannya iaitu ibu bapa dan kanak-kanak. Di samping itu, Sinarku Gemilang membantu ibubapa untuk mereka bentuk pendidikan yang kreatif kepada anak-anak mereka dan nilai itu memberikan kelebihan persaingan di pasaran dengan pesaing-pesaing terdekatnya.
Pada awal penubuhan Sinarku Gemilang telah bermula dengan Pusat Jagaan Kanak-kanak dimana telah dibangunkan pada tahun 1999. Seterusnya perkhidmatan kanak-kanak diikuti dengan penubuhan tadika dan taska secara khusus.
OBJEKTIF:
MISI:
Menyediakan sistem pendidikan untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhalak mulia dan berketerampilan.
VISI:
Menyediakan satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.
TENAGA PENGAJAR/PENGASUH:
Tenaga pengajar berkelayakan, berpengalaman, gigih dan komited terhadap prinsip dan nilai murni juga telah menghadiri kursus kursus yang bertauliah.
PENGASUHAN / PEMBELAJARAN:
TUGASAN: