Anak2U

Membina masa depan yang lebih cerah bersama ❤️

Taska Ar Maryam logo

Taska Ar Maryam

Taska
no 12a jalan bsc 1b/3 47000 sg buloh bandar seri coalfields

Maklumat Ringkas

Yuran Bulanan (RM)

RM600

No. Pendaftaran JKM

Tiada

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat: 07:00:00 - 18:30:00

Maklumat Perhubungan

Media Sosial

Facebook

Galeri

1 / 7

Tentang Taska Ar Maryam

TASKA Ar Maryam terletak di Bandar Seri Colfields, Sungai Buloh. Motto kami adalah "Membina Generasi Ulul Albab" dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di TASKA kami adalah berasaskan kurikulum PERMATA yang melibatkan 6 perkembangan secara holistik dan bidang pengasuhan. Turut disokong kaedah berlajar sambil bermain dan penerokaan secara bertema merangkumi aktiviti STEAM, bahasa, pendidikan rohani, kraf dan kreativiti. 

Kami menerima pelajar seawal 1 tahun sehinggalah 4 tahun sebagai persediaan untuk ke peringkat pra-sekolah atau tadika.

Selain itu kami juga merancang aktiviti-aktiviti di luar TASKA, antara yang pernah dilakukan ialah:

  • Simulasi Haji Cilik
  • Penglibatan dengan pertandingan-pertandingan antara TASKA 
  • Aktiviti Pengungsian Bangunan Selangor
  • Lawatan-lawatan

Berdasarkan testimonial yang diberi oleh ibu-bapa menampakkan peningkatan anak-anak sebelum dan selepas menghantar anak-anak ke TASKA kami. Jadi ibu-bapa di Bandar Seri Colfields boleh menghantar anak-anak mereka ke TASKA kami, Insya Allah kami berikan yang terbaik untuk perkembangan anak-anak anda.

Kurikulum

PERMATAPlayschoolIslamic BasedProject Based LearningAlquran, Akademik, Kokurikulum

Bahasa Ditawarkan

MalayEnglishEarly Intervention