
Yuran Bulanan (RM)
RM450
No. Pendaftaran JKM
Tiada
Waktu Operasi
isnin-jumaat: 07:00:00 - 18:30:00

TERMA DAN SYARAT/PERATURAN IBU BAPA TASKA EQU MIA
1. Pada hari pendaftaran TASKA memerlukan :
a)Borang pendaftaran masuk.
b)Dua salinan surat beranak,mykid, IC ibubapa dan rekod
imunisasi kanak-kanak.
c)Bayaran pendaftaran sebanyak RM200.00 bagi setiap orang
kanak-kanak.
d)Yuran tahunan adalah seperti berikut:
2 bulan -1 tahun RM400
1 tahun – 2 tahun RM400
3 tahun – 4 tahun RM400
2. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan secara online pada atau
sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan. Pihak TASKA
berhak menyekat anak-anak tuan puan dari memasuki TASKA
sekiranya ibubapa gagal membuat pembayaran dalam masa
yang ditetapkan. Bayaran yang terlewat dianggap sebagai yuran
tertunggak.
3. Ibubapa yang menghantar anak melebihi 10 hari dalam 1 bulan
akan dikenakan yuran penuh, manakala jika kurang dari 10 hari
bayaran akan dikira sebagai separuh bulanan.
4. Sebarang pertukaran kadar yuran bulanan, pihak TASKA akan
bertanggungjawab untuk memberitahu ibubapa sebulan sebelum
tarikh berkuat kuasa.
5. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak yang
sakit, demam pada suhu yang tinggi, atau mengidap sebarang
penyakit berjangkit, ibubapa perlu membawa pulang anak-anak
mereka.
6. Ibubapa bertanggungjawab memberitahu TASKA sekiranya anak-
anak mereka mengidap sebarang penyakit berjangkit seperti
HFMD, H1N1, campak, ‘chicken pox’, kudis buta, sakit mata,
beguk, demam disebabkan jangkitan virus, batuk, covid dan
seumpanya. Pihak TASKA berhak menolak kehadiran anak-anak
tersebut jika penyakit tersebut boleh memudaratkan kepada
kanak-kanak lain di TASKA.
7. Pihak taska tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku
penutupan taska kerana penyakit berjangkit dan yuran perlu
dibayar seperti biasa dan tiada pengurangan bayaran yang akan
diberikan.
8. Pihak TASKA akan mendapatkan kebenaran daripada ibubapa
untuk menghantar anak-anak ke klinik sekiranya anak-anak
tercedera seperti jatuh atau sakit semasa dalam penjagaan TASKA
untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan kecemasan.
9. Waktu Operasi TASKA :
Isnin- Jumaat : 7.30 pagi hingga 7.00 petang
Shift : mengikut syift ibu @ ayah
Jika ada ot atau kecemasan yang melibatkan pengambilan anak-
anak dari taska.sila hubungi PN ZEHAN untuk sebarang
makluman.
10. Para ibubapa/penjaga tidak dibenarkan membawa alat
permainan persendirian, barang kemas, makanan segera ke
TASKA untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku
seperti kehilangan, kerosakan dan sebagainya dan pihak TASKA
tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan
kehilangan.
11. Peralatan yang dibekalkan untuk keperluan anak-anak mestilah dilabelkan nama. Botol susu, dan puting botol hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih. Puting botol yang kotor dan pecah hendaklah ditukar.
12.Meneruskan kesinambungan program yang disediakan di TASKA seperti latihan makan sendiri, pakai pakaian sendiri, belajar doa-doa dan surah-surah adalah digalakkan kepada ibubapa melatih anak-anak di rumah.
13.Untuk tujuan menumpangkan anak-anak yang besar, ibubapa diminta mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari Penyelia dan Pemilik taska.
14.Ibubapa digalakkan mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak taska.
15.Sekiranya ingin menyambut harijadi anak-anak, ibubapa dinasihatkan memberitahu pihak taska selewat-lewatnya dua hari sebelum majlis harijadi.
16.Taska diizinkan menggunakan gambar-gambar anak-anak dalam apajua urusan seperti pengiklanan tanpa meminta izin dari ibubapa.
17.Yuran bulanan yang telah dibayar tidak akan dipulangkan semula walau dengan apa-apa alasan.
18.Waktu ketibaan kanak-kanak adalah jam 6.00 pagi hingga 8.00 pagi (anak-anak yang terlewat hadir keTASKA mestilah berkeadaan bersih dan sudah bersarapan pagi supaya tidak mengganggu guru dan anak-anak lain yang sedang menjalankan aktiviti.)
19. Ibubapa perlu memaklumkan orang yang akan menjemput anak-anak di taska, sekiranya mereka tidak sempat untuk menjemput anak mereka.
20. Pada waktu bekerja selain yang telah ditetapkan ibu-bapa tidak dibenarkan melawat anak-anak di TASKA kecuali setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pengetua.
Saya dengan ini mengesahkan segala maklumat yang diberikan dalam borang pendaftaran adalah betul dan benar. Saya juga akan menerima dan memahami segala peraturan-peraturan Taska Equ Mia. Sebarang kegagalan untuk mengikuti secara oral dan tingkah laku, Taska Equ Mia mempunyai hak untuk memberhentikan tanpa notis & serta merta dengan tanpa pulangan bayaran.
Tandatangan ibu/ bapa/ penjaga Tandatangan Pengetua Taska
________________________ _______________________
Tarikh: Tarikh:
KADAR YURAN
YURAN BULANAN:
1.Umur anak:
i.2 bulan – 1 tahun RM 400.00 seorang
ii.1 tahun – 2 tahun RM 400.00 seorang
iii.3 tahun – 4 tahun RM 400.00 seorang
iv.5 tahun keatas RM 250.00- RM150 seorang
2.Pendaftaran
i.taska rm200 seorang
ii.Transit rm100 seorang
PERATURAN IBU-BAPA
1. Waktu TASKA EQU MIA
Waktu operasi TASKA adalah antara jam 6.30 pagi hingga 7.00 petang.
2. Waktu Ketibaan Anak-anak
6.30 pagi hingga 8.00 pagi (anak-anak yang terlewat hadir ke TASKA mestilah berkeadaan bersih dan sudah bersarapan pagi supaya tidak mengganggu guru dan anak-anak lain yang sedang menjalankan aktiviti)
3. Waktu Melawat
Pada waktu bekerja selain yang telah ditetapkan, ibu-bapa tidak dibenarkan melawat anak-anak di TASKA kecuali setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pengurus taska.
*waktu melawat adalah bermula dari pukul 1.00pm- 2.00pm sahaja. Selain dari waktu yang ditetapkan, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam taska. Hanya ibu sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam taska.
4. Penglibatan ibu-bapa
a) Penglibatan ibubapa adalah amat digalakkan.
b) Contoh aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah:
c) Membantu di dalam apa-apa program yang telah disusun.
d) Memberi cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa
e) Membekalkan bahan-bahan untuk anak-anak.
f) Menjadi pakar rujuk (resource person)
g) Mematuhi segala peraturan dan larangan yang telah ditetapkan.
h) Bersikap terbuka terhadap pendidik dan anggota kerja TASKA.
Senarai barang yang perlu disediakan oleh ibubapa sebagai memenuhi keselesaan dan kelengkapan harian kanak-kanak sepanjang berada di TASKA.
Kumpulan kanak-kanak : 2 bulan – 2 tahun
BIL JENIS-JENIS BARANG UNIT
1. Baju 4/5 Pasang
2. Tuala mandi 1 Helai
3. Sikat 1 Unit
4. Pampers 6 Keping
5. Tuala kecil 1 Helai
6. Botol susu 1@2 Botol
7. Susu Sekucupnya
8. Plastik kecil (untuk baju kotor) 1 unit
9. Bantal dan tilam/alas untuk tidur 1 unit
Senarai barang yang perlu disediakan oleh ibubapa sebagai memenuhi keselesaan dan kelengkapan harian kanak-kanak sepanjang berada di TASKA.
Kumpulan kanak-kanak : 3 – 4tahun
BIL JENIS-JENIS BARANG UNIT
1. Baju 4 Pasang
2. Tuala mandi 1 Helai
3. Berus gigi/ubatgigi 1 Unit
4. Pampers 5 Keping
5. Tuala kecil 1 Helai
6. Botol susu 1 Botol
7. Susu Secukupnya
8. Plastik kecil 1 unit
9. Selipar/kasut Sepasang
10. Bantal dan tilam/alas untuk tidur 1 unit
Kumpulan kanak-kanak : Separuh hari & Transit
Senarai barang yang perlu disediakan oleh ibubapa sebagai memenuhi keselesaan dan kelengkapan harian kanak-kanak sepanjang berada di TASKA.
BIL JENIS-JENIS BARANG UNIT
1. Baju 2 Pasang
2. Tuala mandi 1 Helai
3. Berus gigi/ubatgigi 1 Unit
4. Sikat 1 Unit
5. telekung 1 helai
6. Plastik kecil 1 Unit
MENGISI LOG HARIAN SECARA ONLINE
1. Ibu bapa perlu mengisi secara online log harian anak-anak setiap hari .Sila beri kerja sama demi anak-anak tuan / puan.