Anak2U

Membina masa depan yang lebih cerah bersama ❤️

Taska Permataku logo

Taska Permataku

Taska
no. 1202, jalan semarak 37, taman panchor jaya, 70400 seremban, negeri sembilan

Maklumat Ringkas

Yuran Bulanan (RM)

Hubungi untuk maklumat yuran

No. Pendaftaran JKM

Tiada

Waktu Operasi

Monday-Friday: 10:30:00 - 18:00:00

Galeri

1 / 3

Tentang Taska Permataku

ILMU, IMAN, AKHLAK MEMIMPIN

PERMATAKU | Pusat perkembangan IQ Kanak-kanak ialah sebuah institusi pendidikan milik persendirian (milikan tunggal) yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 6hb Januari 2005 dengan hasrat melahirkan generasi kanak-kanak yang membesar dengan pendidikan yang terancang.

Mula beroperasi pada 1hb Januari 2004 operasi secara kecil-kecilan menggunakan nama ‘HOME BASED NURSERY’ iaitu bercirikan penjagaan di rumah dengan bilangan komuniti yang kecil. Enam bulan berikutnya, jumlah kanak-kanak meningkat kepada 10 orang berbanding 3 pada awal penubuhan. Ekoran pertambahan ini, bilangan pengasuh ditambah kepada 2 orang. Hal ini mendorong kepada pendaftaran nama baru iaitu PERMATAKU.

Perkembangan yang semakin menggalakkan, permintaan daripada ibu bapa serta demi kesinambungan perkembangan IQ kanak-kanak telah mendorong kepada penubuhan sebuah tadika yang dikenali sebagai TADIKA ELIT PERMATAKU. Sehubungan dengan itu, bilangan premis dan staf juga telah bertambah mengikut keperluan semasa.

Kini, selepas lebih 15 tahun, PERMATAKU beroperasi dengan sebuah pejabat, sebuah premis untuk TASKA dan sebuah premis untuk TADIKA. Bilangan pengasuh di TASKA adalah seramai lapan orang manakala guru TADIKA adalah seramai empat orang beserta beberapa staf sokongan (kerja-kerja khas, tukang cuci dan tukang masak).

Kurikulum

PERMATA

Bahasa Ditawarkan

Tiada