Tentang Taska Seri Genius Shah Alam
Taska Seri Genius Seksyen 2 diselia sepenuhnya oleh syarikat Murshidah Zulaikha Enterprise (SSM) bermula Januari 2019.Kami mempunyai pengalaman 9 tahun dalam bidang pengurusan kanak-kanak.
Bermula dengan kemasukan 21 orang kanak-kanak, taska ini terus berkembang dengan penyertaan yang baik oleh ibu bapa yang bertugas disekitar UiTM Shah Alam, PKNS, SIRIM, Plaza Alam Sentral, SACC, SUK, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kompleks Seksyen 3 dan penduduk sekitarnya.
Pihak taska berterusan ingin menyampaikan kasih sayang kepada kanak-kanak secara menyeluruh seimbang dengan perkembangan kanak-kanak yang sepatutnya dicapai mengikut umur mereka.