
Monthly Fee (RM)
RM200
JKM Registration No.
None
Operating Hours
Monday-Friday: 07:30:00 - 17:30:00

Tadika Muslim Genius Bestari (MGB), bertempat di Ketengah Jaya, Terenggani merupakan sebuah institusi pra-sekolah yang menggunakan silibus Right Brain Islamic Learning. Kami memberi penekanan supaya pembelajaran ditekankan kepada imaginasi dan kreativiti supaya ia menjadi lebih seronok kepada anak-anak.
Selain daripada membimbing anak-anak menguasai kemahiran akademik, Tadika Muslim Genius Bestari juga memberi fokus kepada kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk "survive" dalam era perubahan zaman yang semakin mencabar. Visi kami untuk melatih anak-anak kita menjadi Imam, Ketua dan Kalifah yang berrtanggungjawab dan lebih berbakat.
Berlokasi di dua cawangan di Bandar Ketengah Jaya, kami menerima kemasukan kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun untuk program pra-sekolah dengan pelbagai tawaran pakej (program separuh hari atau penuh).
Kami juga menyediakan kelas Kelas Tuisyen pemulihan, Kelas transit dan aktiviti-aktiviti lain seperti Kelas Taekwando, Kelas Memanah dan sebagainya.