About Taska Iman Ehsan
Pembangunan generasi masa hadapan bermula hari ini. Oleh itu taman asuhan, tadika mahupun pusat penjagaan berorientasikan Islam merupakan tapak semaian yang perlu diamanahkan oleh ibu bapa untuk menjaga, membimbing serta membesarkan anak-anak. Ibarat biji-biji benih yang perlu dibajai agar tumbuh dengan subur supaya menjadi pokok yang mampu mengeluarkan hasil berkualiti di kemudian hari, begitulah juga dengan anak-anak kita yang harus dibajai dengan segala keperluan asas modal insan supaya mempunyai pertumbuhan yang seimbang.