
Yuran Bulanan (RM)
RM400
No. Pendaftaran JKM
Tiada
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat: 07:30:00 - 18:30:00

JOM DAFTAR MY IMAGINATIVE SKOOL !
Jom daftar di My Imaginative Skool. M.I.S Childcare atau dikenali juga sebagai Taska Imaginasiku menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak seawal usia 4 bulan hingga 3 tahun. Taska in beroperasi di Iskandar Puteri dan merupakan salah satu kawasan strategik di Johor Bahru.
Selain daripada penjagaan harian, kami juga mempunyai silibus pembelajaran yang sesuai dan mengikut peringkat umur kanak-kanak yang berlandaskan kurikulum PERMATA NEGARA yang dikawalselia oleh pihak JKM. Setiap kanak-kanak mempunyai lima (5) perkembangan utama yang perlu dicapai. Oleh itu, kami percaya pembelajaran awal di Taska dapat membantu kanak-kanak mencapai 'milestone' bagi setiap perkembangan utama mereka. Kami sangat menitikberatkan perkembangan minda dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Oleh itu, Taska Imaginasiku mengambil pendekatan 'bermain sambil belajar' dan gabungan "IQ dan EQ". Bermain merupakan fitrah kanak-kanak dan antaranya adalah untuk mengembangkan kemahiran deria dan motor, meningkatka daya tumpuan dan kreativiti serta menambah keyakinan diri. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak disini seperti bermain dan menyanyi, diterapkan dengan Program Antarabangsa seperti Jolly Phonic dan Growing With Maths. Program-program ini dapat mempermudahkan perkembangan minda kanak-kanak di Taska ini. Kami juga mempunyai guru bertauliah dan terlatih untuk mengasuh dan mendidik kanak-kanak di sini. Setiap guru diwajibkan mengikuti kursus setiap tahun. Kegembiraan dan pencapaian kanak-kanak dalam setiap perkembangan utama adalah keutamaan kami.
JOM PROMOTE TADIKA ANDA !
Kami menyediakan platform untuk mempromosikan pusat penjagaan anda secara percuma di web kami. Web kami mempunyai kadar purata pelawat yang tinggi untuk setiap hari. Jika tuan/puan berminat untuk berkongsi maklumat tadika kepada kami, tuan/puan boleh terus mesej maklumat anda di facebook Anak2U.